27 Juni 2008

Lohan


Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Famili: Cichlidae
Genus: Amphilophus
Spesies: A. trimaculatus
Ikan Lou han (bahasa Inggeris: Flowerhorn) dikatakan berasal dari negeri China. Luo han pertama kali muncul di Malaysia sekitar tahun 1996-1997. Pada ketika itu ia dipercayai daripada keturunan Amphilophus trimaculatus.

Setelah beberapa generasi, bentuk ikan ini berubah daripada induk asalnya. Selepas itu penternak ikan mula mengacuk ikan tersebut dengan Blood Parrot yang merupakan hibrid dari C. citrinellum X C. synspilum. Dari hasil kacukan silang inilah lahir baka Luo han yang dikenali masa kini.

Pada awalnya, hasil silangan tersebut tidak diterima secara meluas, tapi setelah dilakukan "penyempurnaan" maka terhasil bentuk dan corak warna yang disukai. Kemudian ikan tersebut diberi nama "Flowerhorn" atau "Luohan". Proses pemilihan dan kacukan terus berlangsung sehingga dihasilkan pelbagai jenis Luo Han dengan beraneka warna dan corak.